just a writing of a memory to be remembered...

Tuesday, May 21, 2013

new family member



Tak dapat bela cat, sebagai alternative kasi can mereka bela fish. As long as they are happy :-)




  




on the first day menerima kedatangan new room-mate :-)




Happyyyyy with new coming family member merangkap new room-mate dorang. Dah seminggu lebih dorang taking care of these fishes.


Si anak especially kakak sejak 2, 3 tahun lepas beria-ia sangat nak bela cat. Kami bagi alasan bukan senang2 boleh bela cat. Kalau nak bela cat kat sini kena ambik lesen, bawak pi veterinar selalu for check up etc. Last2 tak dapat cat, dorang mintak pulak nak bela fish. 


Godek2 kat internet end up papanya 'jumpa' ada orang nak let go dia pun full equipped aquarium plus dgn fishes sekali. Ada 10 ekor fish kenit2 campur 3 ekor fish yg pasif ala2 ikan bandaraya tu. All is only 35 euro siap dengan segala benda alah decoration kat dlm aquarium tu. 


Kebetulan pulak sebelum tu pi pet shop tengok2 ikan, memang fish kecik2 yg sama tu jugaklah dorang nak beli. So they are happyyy they got what they want. Ikan tu aje kat kedai dah 3 euro sekor. Memang more than berbaloi la beli full set aquarium tu dengan fishnya sekali.


Ada sekor ikan bandaraya yg paling besar tu tuannya cakap dah 15 tahun dia bela. Betul ke tak tatau la. Siap pesan take care 'Rasmus' betul2. Ikan tu tuan dia kasi nama Rasmus. Anak2 saya berinteraksi dgn fish tu dalan bahasa finnish sbb kata dorang fish tu tak paham bahasa melayu nor english sbb ownernya dulu Finnish hihii...











Banyak sea shells putih2 kat dalam aquarium tu memang kakak punya. Jauuuuuhhh datangnya dari Pantai Teluk Ketapang , Kuala Terengganu, Malaysia. Kakak bawak balik ke sini yg dia pi kutip satu plastik besar dengan atuk kat pantai masa balik cuti2 malaysia summer 2011. Ikutkan dia sebanyak-banyaknya dia nak taruk dlm tu, tapi saya kata letak sikit2 dulu.









mengadap aquarium macam duk mengadap tv dah pulak hihii...




Bangun tido celik mata tengok ikan dulu, nak pi sekolah sempat bagi breakfast utk ikan. Konon nak bela ikan tapi tak pasal2 papanya pulak yg dapat extra work kena bersihkan aquarium dorang. Anak2 punya pasal. Tapi memang nasib baik papanya pun sama minat bela ikan. Dulu umah kami kat msia pun bela ikan. Setakat cuci aquarium to small matter aje lah kot buat papa :-)


Harapnya fish ni selesa dengan tuan barunya :-)







Monday, May 20, 2013

summer phobia :-)


Ini bukan ketakutan yg biasa2, tapi memang luar biasa punya takut! Anak ketakutan, ibu sempat lagi snap gambar hihii...







Sakan menangis bila nampak sekor lalat terbang kat atas kepala. Kacau wafiq tengah layan games. Pity but yet funny :-)



Anak kecik yg membesar dirantau orang la kononnya hehee..Masa kat Msia tak sempat nak kenal lalat. Sini pulak lalat cuma muncul semusim dlm setahun. Masa summer aje baru nampak lalat sekor dua. Summer tahun lepas baru wafiq kenal lalat. Ingatkan tahun ni dah besar sikit dah takde fobia dgn lalat lagi, rupanya still mcm dulu jugak.


Lagi satu Wafiq takut semut. Pun sama sebab tak pernah nampak semut. Yang bestnya kat umah gula, kek & segala apa yg manis2 terdedah 24jam pun takde sekor semut yg datang. Time summer mcm ni dapat la jumpa semut kat luar rumah. Wafiq kalau nampak semut kat tanah dah tak mau jalan. Tapi compare semut  dgn lalat, lalat still his number one phobia.









Sunday, May 19, 2013

Summer @ Suomenlinna Maritime Fortress



Last Saturday kami ke Suomelinna Maritime Fortress yg berusia lebih 260 tahun. Salah satu tinggalan sejarah Finland dan di isytiharkan UNESCO World Heritage Site pada tahun 1991. Tempat ni memang akan masuk dlm list setiap tourist yg datang ke Helsinki. Salah satu sebabnya easy to access from heart of Helsinki.  Tourist pasti akan ke Helsinki Market Square dan dari mereka akan ambik ferry ke Suomenlinna.  Dilaporkan 700,000 pelancng yg dtg setiap tahun.






     


Dalam ferry ke Soumenlinna Island. Masing2 berebut nak ambik tempat open air.



Naik ferry dari Helsinki Market Square. This is the only way to access the place. Takde jalan darat. Tambang ferry pun tak mahal sbb ferry ni masih lagi termasuk dlm Helsinki city public trasport since kat Soumenlinna tu memang ada resident yg tinggal kat situ. Kami just guna travel card mcm biasa aje. Every 15 minutes memang ferry akan ke situ dan perjalanan cuma 15 minit aje. Selain  dari ferry, masa summer juga ada perkhidmatan water bus.









Dah sampai.


Soumenlinna in Finnish language manakala Sveaborg dlm bahasa Swedish. Memang forterss ni mula dibina pada tahun 1700s ketika Finland sebahagian daripada Kingdom of Sweden. Fortress ni kemudian ditukar menjadi  civil administration pada tahun 1973. 


Cuaca semalam agak mendung. Matahari tak terang & cuaca pun agak sejuk dari selalu.  Gambar pun kelam aje. Sayang views yg sangat cantik tapi cuaca tak berapa memberangsangkan. So, gambar2 pun suram aje. Tapi tourist tetap ramai. So, kami pun kononnya ala2 tourist la jugak :-)






    


Masa kami sampai situ dlm pukul 1 pm tapi matahari tak keluar mcm awal pagi aje.


Ini bukan kali pertama kami ke sini. Dah pernah datang sini tahun 2005. Kalau kata nak dtg selalu pun boleh aje sebab memang dekat. Cuma kedatangan kali ke 2 ke Finland ni aje kami asik tangguh aje nak pi sini. Dulu datang kakak & Haziq kecik lagi tak tahu apa2. 










Bangunana2 lama yg dikekalkan cantik. Fortress ni bertindak sebagai kubu masa Perang Sweden & Russia pada tahun 1788. Sejarahnya, pada tahun 1808 tercetus Finnish war  yg mana kubu ni jatuh ke tangan Russia dan sejak dari tahun tu Finland becomes part of Russia selama 108 tahun hingga mencapai kemerdekaan pada 6 Dec 1917 dan akhirnya dinamakan dgn finnish name : Suomenlinna.  


Suomi is another name for Finland. Saya rasa ramai org tak tahu dan tak pernah dengar SUOMI as another name for Finland. Macam saya jugak dulu2 yg baru datang sini tahun 2005 tak pernah dengar pun Finland dikenali jugak sebagai SUOMI> Even, org2 dia pun kalau introduce themselves dorang tak akan  cakap : i'm Finnish. Sebaliknya mereka akan cakap : i'm Suomi. So, Suomenlinna dlm erti kata lain Finnish Castle. Linna = castle.









Ini bangunan Military Museum. Kami masuk dlm ni sbb kebetulan hari yg kami pi tu Museum Day i.e free entrance. Kalau tak belom tentu kami masuk dlm ni. Tapi bila dah masuk dlm ni sebenarnya banyak yg menarik utk diketahui tentang sejarah perang mereka. Antaranya mereka disiksa dgn kejam oleh tentera Russia pada masa tu. Kesannya sampai sekarang dpt dilihat ada perbezaan antara hubungan baik Finnish & Swedish berbanding dgn Russian. Their respect goes more on Swedish rather than Russian. 






   


Depan Military Museum



Kat sini ada 6 buah muzium. Kami cuma masuk 3 aje. Yg lain2 tu sebab berbayar, so tak mau la masuk hihii...Selain dari Military Museum, kami jugak masuk Toys Museum (dengar nama toys cepat aje anak2 ajak masuk) dan jugak Submarine Museum. Selain dari tu ada Soumenlinna Museum, Art Museum & Customs Museum.









Kat belakang saya tu Suomenlinna Church. Tempat ni selalu ada yg buat wedding kat sini. Salah satu sebab mungkin view yg superb since berada ditengah-tengah pulau serounded by blue water. Masa kami dtg tu pun nampak ada ramai2 org depan church mcm ada majlis. Early summer so pokok2 pun belum keluar daun sepenuhnya lagi.






 


Fortress ni dibuka setiap hari throughout the year. Masa summer ada guided working tours dlm bahasa english, finnish, swedih & Russia. Tapi kami jalan2 sendiri aje. 











Depan Toys Museum dalam old wooden villa. Muzium yg mempamerkan old toys as far as the early 19th century and the newest toys date from the 1960s. Kat dlm ni no camera allowed, tapi saya curik2 jugak snap gambar. Ticket masuk half price dari harga biasa. Only 3 euro per person. 










Enjoy hot coffee at cosy cafe @ Toy Museum Cafe. 


There is wide selection of teas and coffee and famous with apple pie & custard but i only need 'energy'  from a cup of hot coffee.  Anak-anak enjoy ice-cream kat dlm cafe meanwhile ibu & papa dating kat luar cafe sambil tengok passing ships & ferries form the terrace.




Selebihnya gambar2 yg tak berapa nak cun disebabkan faktor cuaca...









Fortress of irregular shape that is built on uneven terrain and on separated islands  as s significant in the subsequent defence of 3 distinct states : Sweden, Russia & Finland.










kat sini jugak ada cafe & restaurants, arts shop, hostel , library serta ada kemudahan untuk adakan conference & banquet.











Submarine Museum



1930s Finnish submarine yg dijadikan muzium. Kami masuk kat dlm tu untuk lihat the amenities of a submarine crew & technology of that era.  Sempit aje kat dlm tu. Tunggu turn org keluar, baru boleh masuk. Masuk pun sebab lucky day - free entance sbb kebetulan hari tu 'museum day' :-)




















Kena suruh posing dulu baru dpt ambik gambar anak2. Itu tanda anak2 dah besar - tak mau dah bergambar. Kalau dulu asal nampak camera aje mesti tak payah disuruh.











Air belum membiru sebab masih diawal summer.









Waterbus yg beroperasi dari Helsinki Market Square ke Suomenlinna.







   


again ice-cream time! 








sempat main kat playground sebelum balik. We spent 3 hours kat situ and back to Helsinki Market Square pukul 4 pm.




P/s: Terdapat lebih kurang 850 resident kat pulau ni. Saya duk terpikir tempat ni mcm scary aje untuk org2 yg tinggal menetap kat pulau ni. Maklum la tempat kubu perang hehe...


* Kesian cameraman, langsung tak muncul dlm entry ni ehehe..Credit to papa for all the photos.