Birthday party last minute untuk kakak hari Sabtu lepas.....
19 January genap usia kakak 10 tahun. Sekejap sungguh masa berlalu. Sekarang saya dah punya anak dara kecik. Terasa mcm maknya masih muda lagi kikikii...
Sedari awal kakak kata tak nak buat 'party' tahun ni. Kek pun tak nak kononnya! Merajukkan apa entah. Hari khamis baru cakap nak buat party jemput her girls classmate. Hari Jumaat tu jugaklah saya ke sana kemari carik apa2 yg patut. Baik utk cake, foods, for party table & jugak hadiah. Nasib baik sekarang dah boleh merewang ke kedai2 secara solo so cepat & mudahlah urasan saya.
Majlis yg simple aje yg penting kakak happy. Birthday cake pun setakat kek sempoi2 aje yg boleh siapkan dlm masa sehari. Saya buat hari Jumaat. Takde tema tertentu pun sebab last minute punya party.
Eh! Yg kecik sebelah tu muka mencuka sebab dia yg nak take over potong birthday cake kakak hhihii...
Senang aje nak buat party for kids sebab takde jenuh nak kena foods apa yg nak kena sediakan. Cukup ada kek, sweets, biskut & chips. Jus pun pakai jus kotak aje. Senang keje saya. Kalau utk tetamu dewasa semstinyalah nak kena masak beria kan! Lagi pun dorang berparty bukan looking for foods pun. Main2 & tengok movie cartoons aje :-)
Dah besar kan! saya sendiri tak sangka saya dah ada anak sebesar tu hiihii...
Delay potong cake sebab jenuh carik lighter tak jumpa hahaa...Puas geledah kabinet nasib baik jumpa tah bila punya mancis. Ni la payahnya bila pakai dapur letrik :-)
"Hyvaa synttyma paiva Yasmin"....tulisan yg senget benget. Masa tulis tu, hanya tapak tangan kiri yg menampung cake board. Nak tulis dlm keadaan kek terletak atas meja aje memang susah. Risau takut masa duk tulis2 tu kek telangkup ke lantai hiihi..
Nak panggil lollipop donut ke donut lollipop?? Yg penting dorang suka dgn donut ball saya ni. Biasalah budak-budak kan suka rasa cokelat & jugak kaler2 pada sugar balls tu. Mula2 aje masing2 malu nak ambik. Bila saya hulur sorang satu, pastu barulah 'pokok lolllipop donut' saya makan lama makin togel hehee..
Comeyyy anak2 ni....'Anak2 orang putih' beragama islam. Yg duduk 3 org tu Albanian, yg bertudung tu Iraq & yg nampak separuh tu Algerian. Kelas kakak ada 6 org anak2 muslim termasuk sorang boy, Somali.
from left (back) : Ella, Helmi, Aada, (3 Finns) Aicha (Algerian) Yasmin, Fatma (Iraq) Muhammad Al-Amin (Algerian) Salam (Iraq) & Haziq
from left (sit) : Wafiq, Emilia,Venla ( both are Russian) Arjeta, Alma, Zanfina ( 3 Albanian) & Anastasia (Russian)
My small guests. Semua ni classmates kakak kecuali yg lelaki2 kecik tu adik dorang. Kalau tahun lepas cuma yg muslim aje dtg party kakak, tapi tahun ni kawan2 'orang putih' pun datang. Dulu kakak segan nak ajak kawan2 Finnish sebab takut dorang tak nak datang, tapi kali ni kakak bagi invitation cards pada semua girls kat kelasnya. Tak sangka masing2 nak datang. Cuma 3 org Finnish friends yg tak dapat joint hari tu. So kakak sangatlah happy bila kawan2 yg tak disangka datang pun datang celebrate birthdaynya :-)
Singing birthday song for the birthday girl. Semestinya lagu in 2 languages, Finnish & English version. Nak suruh nyanyi versi melayu takut terbelit lidah hiihii...
Inter frame kek comot lagi! Selalunya kalau buat cake saya suka guna whipping cream, tapi kali ni sebab nak try & rasmi decorating set yg saya beli kat e-bay, saya guna butter cream. Asalnya birthday girl wish for her favourite tiramisu tapi saya cakap saya akan buat tiramisu lain khas utk dia sorang aje. Sampai arini tak buat lagi!
with 2 flavors : vanilla & strawberry
sessi yg dinanti-nanti oleh semua orang : bukak hadiahhhh!!
Biasanya birhday party kat sini, those who celebrate birthday akan diminta bukak hadiah yg diterima depan kawan2 yg datang. So mereka dpt tengok sama-sama apa hadiah yg dapat. Sebab tu lah masing2 akan bawak hadiah yg best2. Bak kata kakak, cikgu kelas dia bgtau biasanya org2 Finnish kalau bagi apa2 hadiah, dorang akan bagi apa yg mereka paling suka. Bukan setakat bagi aje :-)
buka hadiah one by one sambil diperhatikan oleh tuan punya hadiah :-)
Seronok kakak dapat baju merah ni dari Alma. Baru aje kakak cakap sebelum ni nak saya belikan dia baju ni sbb dia ternampak baju ni kat dlm majalah :-)
Buku kegemaran anak2 gadis sebaya kakak zaman sekarang : Buku Top Model. Ala2 buku aktiviti yg penuh dgn stickers
Posing lepas kawan2 dah balik. Banyaakkkk hadiah yg kakak dapat. Dapat baju 3 helai, sepasang kasut, mcm2 activity books, stationery, toys, dolls, girls accessories, perfume, hand bag, etc. Semua hadiah yg best kata kakak :-)
muka ceria yg asalnya merajuk konon tak nak ada birthday party untuk tahun ni. Tapi papa yg beria suruh kakak jemput kawan-kawannya sebab kata papa, tahun depan maybe kakak dah tak berpeluang nak celebrate sama2 dengan mereka lagi...
The party starts at 2 until 5 pm. Ada 3 orang yg balik awal sebelum pukul 4 sebab takut nanti balik dah gelap. Yang lainnya stay sampai pukul 5pm. Tepat jam 5 bell rumah saya ber ting tong ting tong masing2 dijemput oleh parents sbb pukul 5 petang dah pun gelap gulita kat luar sana.
Saya penat tapi berbaloi. Yg penting kakak happy. Sama mcm ibu2 lain jugak semestinya saya doakan segala yg terbaik buat kakak dunia & akhirat. Pesan kami buat kakak : now you are 10. Please be more extra 'care' of your 5 times solat per day. Bab tudung walaupun sebelum ni saya nak kakak bertudung sepenuhnya bila umurnya 10 tahun, tp 'keadaan sekeliling' dia sekarang membuatkan saya rasa dia belum bersedia. Saya tak nak kakak rasa tertekan (ini dugaan terbesar mendidik anak2 dlm lingkungan persekitaran, budaya & agama yg sgt berbeza).
p/s: bila tengok gambar birthday kakak tahun lepas, terasa mcm cepatnya kakak besar. Tahun lepas still nampak macam budak kecik lagi hehee...Hari ni dah nampak mcm anak dara kecik :-)



















Happy Birthday kakak...
ReplyDeletedalam gamabr ni kakak nampak agak matured, dah nampak ladies dah.....
mekasih dini....p/s: anak dah besar maka maknya pon kenalah sedar diri dah tua kan! hehee..
DeleteSelamat Hari Lahir Yasmin... semoga usia di berkati Ilahi dan menjadi anakmyg solehah...
ReplyDeletep/s Nampak kakak macam dah dewasa pulak bila buat rambut ikat ke kanan tu... macam style rambut Noor Kumalasari dulu-dulu :D
mekasih k.yatie....ehee..bila kakak dah mcm dewasa maknanya ibunya dah jadik mcm makcik2 la hahaa! Memang dah level makcik dah pun :-)
Deleteselamat hari lahir kakak! :)
ReplyDeleteberseri kek yang akak buat ;)
mekasih nadiah...berseri tang warnanya aje kot!
DeleteHappy birthday Kakak!!! Moga membesar menjadi puteri solehah.
ReplyDeleteJenuh la LL "mengawal" anak dara sorang lepas ni. How time flies...
mekasih unaizah...Ye la kannn...lepas ni baru la tahu camana susahnya org kata nak jaga anak dara :-)
DeleteHappy Birthday Girl..
ReplyDeleteComelnya dia...ramai kawan-kawan plak tu...
mekasih Qashmere....jemput kwn2 sekelas aje :-)
DeleteHappy birthday kakak!
ReplyDeleteNampak sangat anak dara akak ni dah besar :)
mekasih nur.....itulah rasa mcm baru aje dpt anak sulung dulu hiihi..
DeleteHappy belated birthday buat kakak.
ReplyDeleteDah besar semakin lawa.
mekasih k.zai :-)
DeleteHappy birthday kakak.. semoga terus membesar sebagai anak solehah penyejuk hati ibu dan papa.. :-)
ReplyDeleteps: cantik kek ibu.. :-)
mekasih zefa...aminn..harapnya mcm tu lah :-)
Deletep/s: kek ibu belasah aje hiihii..
hepi belated besday buat yasmin..
ReplyDeletediusia 10 thn..sudah pandai bergaya..
suka ikatan rambutnye tue..
comel dan comel sgt..
biler tgk kek itu..ohh sedapnye!!! ;)
happy belated birthday untuk yasmin ( sama nama dengan anak kak aya , sama usia jugak cuma beza bulan je)
ReplyDeletesemoga menjadi anak yang solehah..