just a writing of a memory to be remembered...

Monday, January 14, 2013

This is Finnish Daycare



Bangunan Vallinoja paivakoti @ daycare tempat Wafiq spent time dari jam 9 -2 petang selama 4 hari seminggu.







Bangunannya besar dan 2 tingkat. Tingkat atas untuk group anak2 berusia 6-7 tahun manakala bahagian bawah untuk anak2 kecik. Nampak dari luar cuma gitu2 aje, tapi masuk dalam baru nampak keadaan sebenar yg kemas, teratur & lengkap serba serbi. 

Ada beberapa pintu utama mengikut kelas masing2. Kat daycare ni ada 6 groupsyg diasingkan mengikut umur. Groups 1-3 tahun, 3-5 tahun & 6-7 tahun (pre-schol). Tiga peringkat umur ni pulak dipecahkan kepada 2 kelas yg lebih kecik menjadikan kesemuanya 6 kelas. Wafiq dalam group 3-5 tahun.


Daycare ni dibuka seawal jam 6.30 pagi hingga jam 5 petang. Tapi Wafiq cuma dioffer setengah hari saja (5jam) sebab salah seorang dr parents (saya lah) stay kat umah i.e tak keje. Bagi parents yg bekerja anak2 akan berada kat daycare sehingga jam 5 petang. Pukul berapa  nak start hantar, kita sendiri yg decide tp the best time is at 9 am sebab banyak aktiviti pembelajaran berlangsung waktu pagi. Lepas tengahari lebih pada aktiviti 'santai' aje.


Saya ada tulis dlm entry lepas, Wafiq dioffer percuma tanpa sebarang bayaran kat daycare ni. It's true. Tapi daycare ni sebenarnya berbayar. Berapa bayaran yg dikenakan untuk setiap anak2 kat sini adalah berbeza. berdasarkan family size & jugak income before tax parents masing2. 


Maximum amount utk full day kat daycare ialah euro 264 sebulan utk seorang anak. Kalau ada 2 org anak kat daycare, yg kedua tu pun bayar amount yg sama. Manakala utk anak ke 3 (andai kata ada 3 org anak kat daycare) dikenakan 20% daripada amount anak yg kena bayar penuh. makin kurang income parents, maka makin berkuranglah bayaran yg dikenakan. Bagi yg berpendapatan rendah (berdasarkan jumlah tertentu yg ditetapkan) tiada bayaran langsung yg dikenakan. Kes wafiq pulak, atas 'ticket'  papa seorang student, maka Wafiq tak perlu bayar apa-apa. Kalau nak kena bayar, konpem lah tak merasa Wafiq nak masuk daycare pasai JPA bagi ciput aje hehee...Oppsss!! Tak boleh cakap lebih2 hiihii..


Tiada perbezaan layanan, makanan dan tunjuk ajar antara anak yg berbayar  mahal, bayar sikit & tak berbayar langsung. Anak2 kat sini berhak mendapat keistimewaan early education yg sama rata. Takde kes umpamanya yg kat kampung dihantar ke tadika KEMAS, yg kat bandar dan ada duit lebih masuk private Montessori.  Semuuaaaa daycare kat sini dikawal dibawah satu department. So setiap daycare sistemnya adalah sama baik dari segi modul  pembelajaran, aktiviti & meals yg disediakan.


Sebab tu lah bila masuk primary school anak2 ini di consider berada pada tahap yg sama rata. Takde kes  seumpama yg masuk taska berbayar mahal tu terlebih pandai & takde pulak yg cuma masuk tadika berbayar murah  tu tak berapa pandai (maybe sbb kurang dana, maka kuranglah facilities utk mereka, so kuranglah input yg mereka dapat). Maka tak perlulah wujudnya 'entrance exam' untuk murid2 tahun 1 untuk mengasingkan anak2 yg terlebih pandai dgn yg kurang sikit seperti yg terjadi kat sesetengah sekolah kat tempat kita ye tak??? - 


p/s: Ada terdengar rungutan kawan2 kat Malaysia tentang wujudnya entrance exam utk anak2 yg baru masuk tahun 1 disebabkan wujudnya perbezaan ketara tahap kepandaian kanak2 yg disebabkan oleh  faktor pendedahan berbeza diperingkat pre-school.







Sebaik buka pintu, terdapat tempat letak boots. Setiap anak kena sediakan 2 boots. Boots winter & boots  buat main hujan & becak hehee..









Setiapa anak2 jugak disediakan tempat masing2 utk gantung pakaian & beg , bakul kecik tempat letak2 barang & baju spare. Kat kotak atas sekali tu kotak 'mail' if ada surat dari cikgu2 utk parents.








Owwhhh...nampaknya mereka well-prepared utk terima kehadiran murid baru. Masa datang hari pertama tengok2 dah ada tersedia tempat boots & compartment barang2 untuk Wafiq. Bukan setakat prepare itu saja, sebaik sampai cikgu kelas Wafiq gave him welcome greeting. "Hello Wafiq. Welcome to Vallinnoja Paivakoti". Dah tahu nama siap2, bukannya baru sessi nak berkenalan tanya nama ke apa :-) 





     


Setiap satu barang anak2 kat sini mestilah bernama (tulis nama). Daripada baju, kasut, gloves, topi etc mesti nak kena tulis nama. Itu salah satu peraturan. Sebab tu jugaklah kalau beli apa saja pakaian anak2 kat sini memang semua tersedia tag utk tulis nama. Contoh mcm kat winter suit Wafiq tu. Nak lagi complete ada yg siap sign utk tulis alamat & phone number. Takut2 kalau baju tersama brands, warna, size etc senang nak tahu sape punya.







Kelas wafiq nama Pultit. Apa maksudnya saya tak tahu hehe...Nanti saya tanya cikgunya :-)






 


Ruang utama tempat berlangsung segala aktiviti pembelajaran. Disebelah kanan ada 2 lagi bilik yg berpintu. Nampak sebelah kanan pintu terbuka tu tempat tidur anak2. Bagi anak2 yg balik jam 5 petang mereka akan tidur selepas lunch. Ada katil double decker size kecik utk anak2 tidur.


Hari pertama hantar Wafiq, lepas lunch saya perhatikan semua anak2 buka baju & seluar. Yang lelaki cuma pakai boxer & girls pulak cuma ber'panties'. Saya agak pelik & terkejut. Pastu masing2 pi toilet. Owwhhh...rupanya ni masa tido dorang. Hiihii....siyesss! Comeyyyy sgt tengok anak2 kecik2 tu terkedek-kedek tanpa baju hahaa...Sebelum tido sorang cikgu akan baca story book sampai dorang tertido. Masa tido cuma 1 jam :-)


Saya perhatikan ada dalam 5, 6 org yg tak tido termasuk wafiq. Saya ingatkan mereka yg tak tido ni balik pukul 2 pm mcm Wafiq, tapi kata cikgunya yg tak tido ni sbb parents mereka memang tak kasi tido. Cikgu cuma ikut kehendak parents yg mana semuanya dah siap2 ada agreement (masa isi borang). Everything kat daycare based on paper atas apa yg diminta oleh parents masing2. Yg tak tido ni cikgu lagi satu pulak yg bacakan storybooks jugak. Dorang pun masing2 dapat bantal besar sorang satu. Baring2 & bersantai-santai sambil dengar cikgu baca buku cite. Comeeyyy sgt tengok aksi masing2 hiihii..


Disebelah kiri ruang utama ada lagi 2 bilik tempat main.








Antara gambar kawan2 sekelas Wafiq beserta dengan tarikh lahir masing2. Semuanya lahir sekitar tahun 2008 & 2009. Saya perhatikan satu persatu & Wafiq antara yg termuda. Paling muda born in Oct 2009 manakala Wafiq born in July 2009. 








antara hasil kerja anak2 kelas Wafiq yg dipamerkan diluar kelas..






    


Jadual menu untuk 4 kali makan dalam sehari ditampal di papa kenyataan bersebelahan dgn kelas. Parents dapat check menu apa yg dimakan oleh anak2 untuk satu hari. Menu ni standard dengan semua daycare lain in Vantaa region.


Sebab Wafiq start daycare at 9 am, so Wafiq cuma sekali aje makan kat daycate iaitu lunch. Lunch time dorang tersangatlah awal jam 10.45 am - 11.20 am. Dari menu ni saya perhatikan Wafiq akan makan lunch meals yg sama dgn kawan2 lain sebab takde benda yg dia tak boleh makan. Kecuali hari Jumaat, lunch Wafiq akan sedikit berbeza sbb hari tu mereka serves ham. Meals Wafiq akan gantikan dengan makanan lain.

Macam yg saya ckp tadi, everything kat sini based on parents requests. Bagi kami nak senang cite, NO MEAT AT ALL for Wafiq. Masa mula2 isi borang, bila ditanya oleg guru besar terpaksalah saya 'berceramah' sikit kat guru besarnya pasal halal & haram hiihii...And she understand better cuma katanya ada a few muslim kids kat sini yg makan meats except for pork. Iyaa....saya tahu pasal itu sejak mula2 hantar kakak & Haziq kat daycare dulu lagi. Ada muslim parents kat sini yg so and so aje. Bagi mereka makanlah ayam @ atau daging tapi tidak pork. 








Masa main kat luar 2 kali satu hari. Sekali jam 9 pagi & lagi sekali jam 3 petang. Dorang main dalam 45 mnt - 1 jam gitu. Tak kira sejuk tak kira panas malah hujan renyai2 pun anak2 ini akan dilepaskan main kat luar.Rain coat pun nak kena provides sekali & tinggalkan kat daycare utk kegunaan dihari hujan @ selepas hujan.

Masa winter mcm ni pun main tetap main. Hanya dikecualikan sekiranya suhu mencecah lebih dari  - 10 degree. Tempat main untuk anak2 berumur 1 - 5 tahun diasaingkan dalam kawasan yg  berpagar ni, tapi untuk yg 6-7 tahun lebih bebas main kat kawasan yg lebih luas.


Selain dari tu, setiap hari dari Isnin hingga jumaat mereka akan ada aktiviti khas waktu pagi. Contonhya setiap pagi Isnin anak2 ni akan dibawa keluar meneroka 'forest' kat sekitar daycare. Belajar mengenal alam sekitar gituu hihii...Hari Selasa lebih apa aktiviti kraftangan, hari Rabu buat kerja2 arts, hari Khamis hari utk buat kerja2 bertukang. Main2 dengan hammer, gergaji & buat2 kerja2 bertukang la kononnya. Hari jumaat pulak lebih santai dimana anak2 dibenarkan bawak toys dari umah main dgn kawan2. Ada jugak hari2 tertentu anak2 ni dibawak naik bas (bukan bas sewa, tapi public bus)  ke library terdekat. Gigih betul cikgu2 ni mengawal lebih 20 org anak2 naik bas!

Gitu lah citenya dlm seminggu. Harap2 Wafiq enjoy his 5 hours time kat daycare :-)


6 comments:

  1. Memang seronok lah budak2 pergi sekolah kan LL...

    Alangkah bagusnya sekiranya sekolah di Malaysia menbuat sistem macam tu, senang ibu bapa yg bekerja macam akak kan :D

    ReplyDelete
  2. kak,

    tetiba terasa macam mahu pindah finland!!!! hihihihi....seronok school kt sana...

    errr, betul ke ada entree exam utk darjah 1? eeee scary ,.....

    ReplyDelete
  3. seronok baca entry ni....kita rasa selamat je nak tinggalkan anak2 di daycare sana.

    sini memang ada ujian untuk penentuan kelas drj 1...umar perlu menjalani ujian untuk sek keb dan sek agama..untuk sek agama , perlu jalani ujian lisan Iqra' selain ujian bertulis.

    ReplyDelete
  4. banyak information dari entry ni... maklumat yg saya paling suka.... semua anak-anak mendapat hak yang sama rata untuk belajar, diberi peluang yang sama... setuju sgt dgn pendapat LL - kat M'sia terdapat jurang perbezaan yg sgt tinggi antara anak2 yang dihantar ke pra sekolah biasa dan pra sekolah yang berbayar :)

    Kat sini pun sama, anak2 selalu dibenarkan main di luar... tak kira cuaca :)

    Langsung tak faham jadual menu wafiq tu...

    ReplyDelete
  5. Masih jauh jika dibandingkan dengan pembelajaran dinegara kita.Kalau kat montessori tu ada jugalah kelainannya.

    ReplyDelete
  6. It's a very valuable life learning process for Wafiq. Beruntung anak-anak LL sebab dpt pengalaman belajar dlm sistem pendidikan yg more advanced.

    ReplyDelete