just a writing of a memory to be remembered...

Tuesday, February 26, 2013

Winter Holiday @ Moomin World


Lat week @ 18 February  bawak anak2 ke Moomin World kat Turku  sempena cuti sekolah Winter Holiday. Kat sini winter holiday pun dikenali jugak sebagai Ski Holiday. Dah lama anak2 ajak pi sini sebenarnya. 


Tahun lepas kami jalan2 ke Turku masa end of spring, tempat ni tak bukak lagi. Moomin World ni cuma dibuka sepanjang summer aje dan masa winter moomin ni 'wake up from hibernation' masa Winter Holiday seminggu aje. Pastu mereka2 ni hibernate balik sampai la next summer ehehee..Seminggu masa Winter Holiday ni digelar sebagai Winter Magic :-)






    



Bergambar dulu depan pintu masuk. Moomin World terletak di sebuah pulau kecik. Cuma perlu seberang jambatan pendek ni aje. Masa kami pi aritu tasiknya beku tapi tak berani nak lalu atas permukaan tasik sebab cuma nampak beku dipermukaan aje memandangkan suhu winter tahun ni tak se'extreme' tahun lepas.  Takut terjerlus kaki dlm air sejuk :-)


Moomin world terletak di Naantali, Turku di Western Region of Finland. Lebih kurang 200 km dari Helsinki. Kami bertolak jam 8.30 pagi dan sampai sana pukul 10.45 pagi. Masa winter tempat ni dibuka dari jam 10 - 4 petang saja. So ticket masuk lebih murah berbanding masa summer. Cuma eur17 per person. Since kami ada S -Card discount lagi jadik eur15.50 per person.








 Bergambar bersama Moomin mama :-)



Moomin salah satu dari 'trademark' Finland. Kanak2 kat sini membesar dengan character moomin yg dah wujud sejak berpuluh tahun dulu. Character yg diilhamkan oleh Tove Janssen seorang penulis & pelukis Swedish-Finns sejak tahun 1930s. Asalnya cuma pada komik hingga akhirnya muncul dikaca tv.

Hingga sekarang Moomin sangat dekat dihati Finn. Moomin ada dimana-mana.  Daripada pakaian, towel, pinggan mangkuk, carpet, stationery dan banyaaakkkk lagi! Barangan trademark Moomin ni reganya  boleh tahan mahai. Camana pun sebelum balik nanti nak kena bawak jugak ole2 Moomin ni buat kenang-kenangan. Dah sampai Finland tak bawak salah satu ole2 Moomin ni semestinyalah tak patut.










Berlatar belakangkan Moomin House. Rumah 4 tingkat ni kami masuk. Masuk bilik Moomintroll, tengok kitchen Moomin Mama. Comey2 aje perabot kat dalamnya :-)












Bergambar bersama Moomin Papa, Moomin Mama & Snufkin. 











Syok jugak berjalan masa winter (dgn syarat suhu takde la sejuk melampau) tengok pemandangan putih bersih ni. Tapi kalau  masa autumn rasanya tempat ni lagiiii cantik.












Ni gambar kat luar sebelum masuk ke park...












WC refer to 'toilet'. Kalau carik perkataan toilet sampai ke sudah memang tak jumpa :-)











Moomin pun nak sledging. Ada jugak aktiviti family ski race utk sape2 yg nak race.












yang ni namanya Snork Maiden, karekter kesukaan kakak :-)










  


Sniff...












Kelakar tengok gambar ni. Macam mereka berdua tengah berkomunikasi to each other. Sama size lak tu. Wafiq sampai ke sudah tak nak bergambar dengan Moomin. Siap nangis2 bila Moomin dtg dekat. Takut rupanya dia. Agaknya sebab saiz Moomin tu besar sangat kot. Dia suka snow Moomin ni :-)







Dah puas jumpa Moomin, kami try aktiviti lain pulak.








Masing2 nak cuba horse-riding :-)












Tempat ice skating. Sebab masing2 tak bawak kasut skating, nasib lah kan ada size ke tak kasut2 yg disediakan kat situ.












Aritu tak sejuk, cuma - 2 degree aje sebab tu la kami rilek aje ber'outdoor' berjam-jam. Lagipun memang   kami dah siap sedia dengan proper attires. Masing2 pakai 4 lapis baju kecuali Wafiq yg ibu sarungkan dgn 5 pasang baju. Masing2 warm & cosy takde yg merengek kesejukkan.










papa yg tukang tolak pun tak larat, nampak mcm tak laju tapi lajuuuuu....kata budak bertiga tu :-)













suka gambar ni :-)












Wafiq yg berani...semua dia nak cuba.












Naantali, tempat letaknya Moomin World..









suka dgn background ni :-)












last but not least, feeling ala2 Winter Sonata gituu hiihii....






6 comments:

  1. assalam kak,

    cantik cantik cantik.....adooiii bestnyer lah kan.....moomin, cute character....

    ReplyDelete
    Replies
    1. waktu kami pi tu memang view snownya sgt cantik. Kena pulak snow turun ala2 manja gitu waktu tu :-)

      Delete
  2. Suka tengok gambar wafiq macam berkomunikasi dgn snow moomin...

    Perlu beli tu LL... sebagai kenangan di Findland kan :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun suka gambar tu..pandang lama2 cam lawak pulak. Memang nak kena ada koleksi moomin bawak balik nanti :-)

      Delete
  3. ramainya moomin yg berkeliaran. Kalau di Indonesia sure kena bayar bila bergambar mcm tu.tapi tak mahalnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo...kat sana nak bergambar bayar harga lain pulak rupanya yea..

      Delete